logo anakpintarcentre

Taska Atau Pengasuh, Mana Yang Lebih Baik?

February 17, 2021
 | Penulis : APC HQ Admin
Tempoh masa bacaan : 3 minit

Lumrahnya, ibu bapa yang bekerja berhak untuk meletakkan anak masing-masing di rumah pengasuh atau taska. Menghantar anak-anak ke rumah pengasuh atau taska merupakan satu keputusan yang agak berat. Persoalan yang sering timbul adalah pilihan yang paling baik untuk ibubapa ambil. Adakah dengan menghantar anak ke taska atau ke rumah pengasuh?

Antara persoalan yg biasa berlegar-legar di kepala adalah, "Nak hantar kat pengasuh ke atau nak hantar ke taska atau pusat jagaan? Selamat ke kalau nak suruh orang jaga anak ni."

Pengalaman hantar anak ke pengasuh dan taska tidak sama. Tapi, apabila ada beberapa kejadian yang melibatkan taska atau pengasuh. Pengalaman sesetengah ibubapa yang berdepan dengan masalah kegagalan taksa atau pengasuh telah menyebabkan ramai ibubapa menjadi lebih berhati-hati.

Kami sebagai salah sebuah taska yang berdaftar turut merasa kesal dan terkesan dengan sikap sesetengah taska dan pengasuh yang tidak bertanggungjawab dalam menjaga amanah yang diberi.

Sebenarnya antara pengasuh atau taska ini, ada kelebihannya masing-masing. Untuk membantu ibu bapa yang sedang mencari taska atau pengasuh sebagai 'babysitter' terbaik untuk anak, di sini akan dikongsikan beberapa info berkaitan daycare vs pengasuh yang boleh digunakan sebagai panduan.

Kelebihan Taska Anak Pintar Centre Berbanding Pengasuh

#1 - Anak Pintar Centre merupakan sebuah pusat jagaan kanak-kanak yang berdaftar dengan kerajaan. Kami merupakan sebuah pusat jagaan yang sah!

#2 - Jika pengasuh adalah orang perseorangan, kami pula merupakan sebuah pusat jagaan kanak-kanak dengan 10 buah cawangan di sekitar negeri Melaka, Nilai Negeri Sembilan dan juga Kajang, Selangor.

#3 - Kami mempunyai staff yang ramai (kakitangan seramai 47 orang) untuk menjaga kebajikan anak-anak yang dihantar kepada kami.

#4 - Pengalaman mengasuh anak orang tidak boleh dipandang ringan. Menyedari akan hal itu, staff kami didedahkan dengan skill untuk berdepan dengan perilaku dan emosi kanak-kanak.

#5 - Anak Pintar Centre telah beroperasi selama hampir 18 tahun (bermula pada tahun 2003) dan telah berjaya mempunyai 500 orang murid.

#6 - Taska kebiasaannya mempunyai persekitaran yang lebih sesuai untuk perkembangan anak-anak. Sebagai contoh ada pelbagai jenis permainan, tempat ruangan tidur dan ruang bermain yang khusus dan sebagainya persis seperti sebuah sekolah. Untuk pengasuh pula, si anak tiada pilihan melainkan menerima saja keadaan rumah si pengasuh.

#7 - Taska yang berdaftar seperti kami sentiasa perlu mengikut piawaian keselamatan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan dan Bomba. Ini sangat penting untuk menjaga tahap keselamatan anak-anak.

Di Taska, Bukan Sekadar Jaga Tapi Penuh Dengan Aktiviti

Di Malaysia, program pendidikan awal kanak kanak adalah untuk golongan kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun sebelum mereka memasuki pendidikan secara formal di tahun satu sekolah rendah. mengikut garis Panduan Kurikulum prasekolah, 1998.

Menyedari akan hakikat ini, pengasas kami (En Awang Redzuan dan Pn Nor Raidah) berusaha sedaya upaya menjadikan institusi kecil swasta dengan nama Taska Anak Pintar dan Pusat Jagaan Anak Pintar ini ke tahap yang sepatutnya.

Di sini anak-anak bukan sekadar dijaga tetapi juga turut didedahkan dengan pelbagai aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan tahap umur anak.

Tujuan utama adalah untuk membentuk kanak-kanak yang holistic dan seimbang, mempunyai akhlak dan sahsiah yang mulia, berintelektual tinggi, mahir berkomunikasi dalam bahasa Melayu dan English, bijak bergaul, sihat jasmani dan suci rohani.

5 Kebaikan Menghantar Anak Ke Taska Yang Betul

#1 - Memberi pengalaman kepada anak untuk berdepan dengan suasana baru yang penuh dengan benda-benda baru termasuk kehadiran rakan-rakan sepermainan.

#2 - Mengajar anak cara-cara untuk mengawal emosi dan kelakuan secara semulajadi.

#3 - Membantu perkembangan individu anak untuk bersosial bermain dengan rakan sambil melaksanakan aktiviti yang disediakan sebagai asas persediaan sebelum melangkah ke darjah 1 kelak.

#4 - Menghantar anak ke taska akan memberi satu rutin gaya hidup kepada anak. Ibubapa juga dengan mudah dapat menyusun jadual tugasan harian dalam mengurus kehidupan berkeluarga.

#5 - Soal makan dan minum, kami sentiasa mengambil berat akan bentuk pemakanan yang sesuai dengan kehendak tumbesaran tubuh kanak-kanak.

Senyuman Dan Kegembiraan Anak-Anak Menjadi Keutamaan Kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

+606-233 9944
+6017-663 2373
5476-A Anak Pintar Centre,
Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak,
Kompleks MITC Jalan Konvensyen,
Ayer Keroh 75350 Melaka
perlukan bantuan?
crossmenu