logo anakpintarcentre
SIAPA KAMI ?

Kenali AnakPintarCentre.com

Pendidikan prasekolah adalah pendidikan asas yang penting dan ia telah mendapat perhatian di semua peringkat masyarakat, kerana ia merupakan pendidikan awal dalam perkembangan hidup seseorang individu selain daripada pendidikan yang diterima nya dirumah. (Saayah Binti Abu p.83).

Di Malaysia, program pendidikan awal kanak kanak adalah untuk golongan kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun sebelum mereka memasuki pendidikan secara formal di tahun satu sekolah rendah. (Garis Panduan Kurikulum prasekolah, 1998).
Menyedari akan hakikat ini, En Awang Redzuan dan Pn Nor Raidah berusaha menubuhkan sebuah institusi kecil swasta iaitu Taska Anak Pintar dan Pusat Jagaan Anak Pintar. Taska Anak Pintar dan Pusat Jagaan Anak Pintar MITC merupakan sebuah institusi kecil yang ditubuhkan pada bulan Jun 2003.

Pada peringkat awal operasi, terdapat pelajar seramai 40 orang dan mempunyai 6 orang kakitangan yang terlibat. Hasil sokongan dan usaha murni untuk memajukan perniagaan ini syarikat kini telah beroperasi selama hampir 15 tahun 2017/18 dan mempunyai 500 orang murid dan kakitangan seramai 47 orang.


Terdapat 10 cawangan yang strategic, sekitar negeri Melaka, Nilai dan juga Kajang Selangor.

Taska dan Pusat Jagaan juga mendapat sokongan yang cukup baik daripada ibubapa sejajar dengan misi Taska dan Pusat Jagaan ini yang ingin memberikan perkhidmatan yang terbaik, membentuk kanak-kanak yang holistic dan seimbang, mempunyai akhlak dan sahsiah yang mulia, berintelektual tinggi, mahir berkomunikasi dalam bahasa Melayu dan English, bijak bergaul, sihat jasmani dan suci rohani.
Visi & Misi

Visi , Misi dan Matlamat Organisasi

Misi

Menghasilkan pengasuh, pendidik - tenaga kerja yang mahir lagi berwibawa

Memastikan perkhidmatan Taska, Tadika & Pusat Jagaan kami memberi kepuasan kepada pelanggan

Memastikan perkembangan kanak-kanak seimbang dengan tahap perkembangan secara normal mengikut fitrah mereka.

Visi

Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan pengasuhan kanak-kanak dalam suasana yang selamat, ceria dan selesa.

Menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu.

Menyediakan makanan seimbang dan berkhasiat bagi membantu pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak serta mengamalkan gaya hidup sihat.

Menerapkan nilai-nilai murni supaya kanak-kanak dapat menghayati dan mengamalkannya sejak kecil

Menggalakkan kecerdasan dan kemahiran fizikal serta amalan kesihatan, kebersihan dan keselamatan yang baik melalui aktiviti fizikal.

Matlamat Organisasi

Matlamat utama organisasi adalah untuk terus kekal sebagai sebuah organisasi yang berdaya saing, penelitian dalam beberapa aspek penting iaitu:

Memastikan perniagaan terus berjaya dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Memastikan hubungan yang baik sesama rakan sekerja, ibu-bapa / pelanggan dan kanak-kanak.

Memastikan kebajikan rakan sekerja dan anak-anak jagaan terjamin.

Memenuhi keperluan, mewujudkan Taska di tempat kerja agar ibu bapa lebih kompeten melaksanakan tugas di pejabat sama ada di sektor kerajaan ataupun swasta.

Lokasi

Lokasi Pejabat HQ

ANAK PINTAR CENTRE

5476-A Anak Pintar Centre,
Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak,
Kompleks MITC Jalan Konvensyen,
Ayer Keroh 75350 Melaka

Office
Hotline
+606-233 9944
+6017-663 2373
5476-A Anak Pintar Centre,
Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak,
Kompleks MITC Jalan Konvensyen,
Ayer Keroh 75350 Melaka
perlukan bantuan?
crossmenu