Anak Pintar Centre | Taska dan Pusat Jagaan Kanak-Kanak

EnglishMalay
EnglishMalay
EnglishMalay

Selamat Datang Ke Anak Pintar Centre

Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan pengasuhan kanak-kanak dalam suasana yang selamat, ceria dan selesa.

0
+
Cawangan

Di Seluruh Malaysia

0
+
Kakitangan

Yang Berkelayakan

Ke Arah Generasi Pintar & Cerdas

Memastikan perkembangan kanak-kanak seimbang dengan tahap perkembangan secara normal

anakpintarcentre.com
Play Video

Taska & Pusat Jagaan sejak 20 Tahun Yang Lalu

Taska Anak Pintar dan Pusat Jagaan Anak Pintar MITC merupakan sebuah institusi kecil yang ditubuhkan pada bulan Jun 2003. Pada peringkat awal operasi, terdapat pelajar seramai 40 orang dan mempunyai 6 orang kakitangan yang terlibat. Hasil sokongan dan usaha murni untuk memajukan perniagaan ini syarikat kini telah beroperasi selama hampir 15 tahun 2017/18 dan mempunyai 500 orang murid dan kakitangan seramai 47 orang. Terdapat 10 cawangan yang strategic, sekitar negeri Melaka, Nilai dan juga Kajang Selangor.

Apa Kelebihan Taska & Pusat Jagaan Anak Pintar Centre?

Berilmu

Anak – anak diberikan pendidikan dengan kaedah yang mudah difahami dan menyeronokkan.

Selamat

Ruangan belajar dan tempat tidur yang luas, sentiasa disanitasi setiap hari.

Ceria

Pengalaman pembelajaran dalam suasana yang sentiasa ceria supaya anak tidak sabar untuk hadir.

Penyayang

Para penjaga kanak-kanak dan guru telah didisiplinkan untuk memastikan setiap anak jagaan sentiasa dalam perhatian dan tidak diabaikan.

Apa Yang "Ibu Bapa" Katakan Tentang Kami

Soalan Yang Kerap Ditanya Oleh Ibu Bapa

Sebarang soalan, boleh hubungi kami.

Pusat Jagaan/Taska tidak akan menerima pelajar yang tidak sihat untuk ke sekolah walaupun hanya sakit demam biasa atau penyakit berjangkit (harus mendapatkan nasihat doktor) dan juga bayi yang dilahirkan pramatang (premature baby).

 Semua pelajar dikehendaki berada di Pusat Jagaan/Taska/Tadika di bawah pengurusan Anak Pintar Centre sebelum jam 8.30 pagi.

Pembayaran yuran bagi setiap bulan adalah ditetapkan pada atau sebelum 5hb setiap bulan.

Pembayaran menggunakan “system card fees” akan disediakan bagi memudahkan ibubapa membuat rujukan dan resit bayaran akan diberikan setelah menerima bayaran melalui eResit.

Pusat Jagaan/Taska/Tadika beroperasi dari jam 6.45 pagi hingga 6.00 petang. Selepas waktu tersebut, ianya akan dikira sebagai tambahan masa atau OT.

Setiap lebihan masa atau selepas dari jam 6.00 petang pihak Pusat Jagaan/Taska/Tadika berhak menuntut bayaran RM 10.00 (Ringgit Malaysia: Sepuluh Ringgit Sahaja) bagi setiap satu jam pertama dan seterusnya.

Ada soalan lagi? Mari Isi Borang Ini Untuk Dijawab

Kami komited memberikan perkhidmatan pendidikan awal kanak-kanak supaya mereka merasai keseronokan dalam pembelajaran.