Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan pengasuhan kanak-kanak dalam suasana yang selamat, ceria dan selesa.
Taska Anak Pintar dan Tadika Anak Pintar merupakan sebuah institusi kecil yang ditubuhkan pada bulan Jun 2003. Pada awal pertubuhan, Taska dan Tadika Anak Pintar ini lebih dikenali sebagai Tadika Seri Utama. Taska ini mula beroperasi di alamat No.1 Jalan TU 26 Taman Tasek Utama Ayer Keroh 75450 Melaka. Pada peringkat awal operasi, hanya terdapat jumlah pelajar seramai 40 orang dan 6 orang kakitangan yang terlibat.
Hari ini sejak 20 tahun yang lalu, Taska Anak Pintar sudah mempunyai 60 cawangan terdiri daripada perkhidmatan Taska, Tadika, Pusat Jagaan dan prodak makanan Sunnah (Jus Anasera). Disebabkan syarikat mempunyai urus tadbir kewangan yang besar, sejak 2018 pihak LHDN dan juga Tax Consultant telah menasihatkan agar Taska Anak Pintar di audit dalam satu akaun utama bagi memudahkan urusan percukaian dan juga audit dalaman. Sejak itu Taska Anak Pintar, Tadika Anak Pintar & Pusat Jagaan Anak Pintar diletakkan dibawah satu syarikat iaitu APC READINESS GLOBAL SDN BHD.
Dalam usaha untuk membangunkan perniagaan ini, Taska Anak Pintar dan Tadika Anak Pintar kini telah mendapat perhatian kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Melaka sebagai testimoni sebuah Taska agensi di tempat kerja awam. Setelah 20 tahun, Anak Pintar Centre kini mempunyai 1200 kanak-kanak dan 160 orang kakitangan berjawatan tetap serta kontrak merangkumi semua cawangan di setiap negeri. Sabah, Sarawak, Johor, Melaka, N9, Selangor Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan juga Penang.
Berikut adalah agensi yang telah beroperasi lebih dari 10 tahun sepanjang Anak Pintar Beroperasi.
Taska dan Tadika Anak Pintar ini juga telah mendapat sokongan yang cukup baik daripada ibu bapa sejajar dengan misi Taska dan Tadika ini yang ingin memberikan perkhidmatan yang terbaik, bagi membentuk perkembangan kanak-kanak yang holistik dan seimbang, mempunyai akhlak dan sahsiah yang tinggi, berintelektual, mahir berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dan English, bijak bergaul, sihat jasmani dan suci rohani. Selain itu, Taska serta Tadika juga telah mendapat sokongan padu daripada:
Taska Anak Pintar, ini dimiliki 100% sepenuhnya oleh bumiputera, yang mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang pengurusan korporat dan pengeporasian, mempunyai sijil kelayakan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak daripada Universiti Malaya 2006 selain mempunyai kursus KAP (Kursus Asas Permata). Perniagaan ini dipelopori oleh Pn Nor Ra’idah binti Jalil, anak kelahiran negeri Melaka. Turut berkerjasama bersama suami beliau iaitu En Awang @ Mohd Redzuan bin Hasan.
Pn Nor Raidah dan En Awang Mohd Redzuan dikurniakan anak seramai 7 orang, dengan penuh rasa kecintaan dan minat yang mendalam mereka meneruskan perniagaan ini hampir 20 tahun, menjadikan hari ini Anak Pintar Centre semakin dikenali di kalangan pelanggan sekitar agensi kerajaan seluruh Malaysia.
Adalah diyakini bahawa Taska Anak Pintar mampu dan berupaya didalam mengendalikan Taman Asuhan Kanak-Kanak di tempat kerja dalam sektor kerajaan mahupun swasta.
WhatsApp Kami