logo anakpintarcentre

Berilmu

Anak - anak diberikan pendidikan dengan kaedah yang mudah difahami dan menyeronokkan.

Selamat

Ruangan belajar dan tempat tidur yang luas, sentiasa disanitasi setiap hari serta barisan guru yang berwibawa dan terlatih.

Ceria

Nikmati pengalaman pembelajaran dalam suasana yang sentiasa ceria dan membuatkan anak tidak sabar untuk hadir setiap hari tanpa ada rasa malas.

Penyayang

Para penjaga kanak-kanak dan guru telah didisiplinkan untuk memastikan setiap anak jagaan sentiasa dalam perhatian dan tidak diabaikan.

Sedia Berkhidmat

Para guru yang mengajar di semua cawangan Anak Pintar Centre adalah berkelayakan dengan kelulusan Sijil dan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Mereka juga diberi latihan 'in-house' untuk meningkatkan pengetahuan dan penambahan ilmu untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada anak-anak yang berdaftar dengan APC. 
Senarai Cawangan

Kesayangan

Seronok dapat melatih sambil melihat keletah anak kecil ini belajar sambil bergembira dengan suasana yang ditawarkan. Kami juga sangat berbangga dapat menjadi sebahagian dari proses pembelajaran bagi anak-anak ini dan akan terus berusaha mempertingkatkan lagi mutu dan kualiti pendidikan awal kanak-kanak supaya mereka lebih bersedia menghadapi alam persekolahan nanti.
Daftar Sekarang

Apa Kata Ibu Bapa

"Memang best, memang bagus. Saya melihat perkembangan anak saya sendiri sejak dia berusia 2 tahun lagi saya hantar dia di Tadika Anak Pintar, sekarang dia dah berusia 5 tahun dan sekarang dia dah boleh membaca, mengira, mengaji, boleh sembahyang. "
Norashikin bt Yusof
Ibu Mohd Zulkhairi Mohd Rozali
"Saya dah hantar anak ke Tadika Anak Pintar dah 2 tahun. Banyak perkembangan positif . Walaupun awal-awal dia susah sikit macam selalu menangis, tapi plan nak dia stay lah kat sini. Dari segi pelajaran, dari segi kawan-kawan, communication skills, social skills dia bagus. So far Tadika Anak Pintar memang terbaik"
Linda
Ibu Alya Sofia

Ingin Ajukan Soalan Lain?

Kami komited memberikan perkhidmatan pendidikan awal kanak-kanak supaya mereka merasai keseronokan dalam pembelajaran. Sekiranya ingin bertanyakan soalan, pihak kami sedia membantu.

+606-233 9944
+6017-663 2373
5476-A Anak Pintar Centre,
Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak,
Kompleks MITC Jalan Konvensyen,
Ayer Keroh 75350 Melaka
perlukan bantuan?
crossmenu