Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan pengasuhan kanak-kanak dalam suasana yang selamat, ceria dan selesa.
Pendidikan prasekolah adalah pendidikan asas yang penting dan ia telah mendapat perhatian di semua peringkat masyarakat, kerana ia merupakan pendidikan awal dalam perkembangan hidup seseorang individu selain daripada pendidikan yang diterimanya di rumah. Di Malaysia, program 4 tahun ke bawah adalah program Taska manakala Tadika ini adalah untuk golongan kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun, sebelum mereka memasuki pendidikan secara formal di tahun satu sekolah rendah.
Antara perkhidmatan lain yang kami sediakan adalah transit (after school care) dimana transit bermaksud kemudahan kanak‐kanak sekolah rendah yang memerlukan tempat persinggahan untuk mandi, makan tengahari dan membuat persediaan ke sekolah (sekolah kebangsaan/sekolah agama) serta transit di musim cuti sekolah. Ini bertujuan, memudahkan ibu bapa untuk menguruskan anak-anak mereka sewaktu berkerja.
Menyediakan standard pengajaran yang berkualiti dan konsisten
Menetapkan amalan pedagogi untuk memperkayakan pembelajaran anak-anak
Memberi perhatian kepada, aspek peribadi, sosial, emosi dan kognitif, fizikal anak-anak
Memberi asas yang stabil melalui pemupukan, pembelajaran dan peluang pembangunan
Terus berkhidmat memberi pengasuhan & pendidikan kanak-kanak di tempat kerja ibubapa.
Implikasi nya kepadaibubapa agar lebih kompiten berkerja. Ibubapa juga dapat mengurangkan masalah kerisauan / peronoid berkenaan pusat asuhan atau pusat jagaan yg jauh dari tempat berkerja.
Kepercayaan dan nilai kasih sayang antara ibubapa dan pengasuh ada lah kunci utama ibarat menyemai benih kepada kesinambungan perniagaan ini utk jangka masa panjang agar terus berkembang maju.
Menjadikan Pihak Anak Pintar Centre ini terus berkembang maju memberi perkhidmatan taska, Tadika & Pusat Jagaan khusus nya di agensi / tempat kerja di sektor Kerajaan & swasta seluruh Malaysia dgn kepakaran & pengalaman selama 21 tahun kami yakin mampu berkongsi dengan nilai tambah yg terbaik kepada agensi / ibubapa.
WhatsApp Kami